bekongsi2 apa yg saya belajar.. sharing is caring...
Aperture
Bukaan lubang di dalam lensa anda yang di mana ianya membenarkan kemasukkan cahaya sebelum ianya dirakamkan oleh "sensor" atau filem. semakin besar bukaan lubang aperture, maka semakin banyak cahaya masuk (dedahan) kepada "sensor" atau filem. Selalunya aperture akan dirujuk sebagai "F"
contohnya, F1.8 bukaan aperture besar dan manakala F22 adalah bukaan aperture kecil. Ingat semakin kebelakang bukaan aperture adalah besar dan semakin kedepan nombor bukaan aperture adalah mengecil.
Shutter Speed
Shutter Speed adalah kelajuan bukaan shutter yang mengawal kemasukkan cahaya sebelum ianya dirakam oleh "sensor" ataupun filem. Kelajuan Shutter bekerjasama dengan aperture di mana fungsi shutter ini lebih kepada memberi dedahan cahaya kepada "sensor" ataupun filem. Semakin laju shutter (contohnya 1/500) dengan kombinasi apeture yang betul, membolehkan imej dibekukan jika sesuatu objek itu bergerak. dan sebaliknya jika shutter diperlahankan contohnya (10") maka objek yang diambil akan menjadi kabur.
Exposure
Jumlah dedahan cahaya yang diterima oleh "sensor" atau filem. Jika sesuatu gambar diambil dengan jumlah dedahan cahaya yang berlebihan, maka Overexposed (terlebih dedahan) akan terjadi kepada imej yang diambil. sebaliknya jika kurang dedahan terjadilah Underexpose (kurang dedahan)
ISO / ASA
penanda kepekaaan sesuatu "sensor" atau filem terhadap cahaya. Semakin tinggi nilai ISO / ASA, (contohnya 1600) maka semakin sensitif "sensor" atau filem itu kepada cahaya. Selalunya, ISO / ASA yang tinggi amat berguna dalam keadaan cahaya rendah tetapi ISO / ASA yang tinggi selalunya akan menghasilkan "noise" (titik-titik kasar (grain) ) di dalam sesebuah imej yang diambil.
Bokeh
Bokeh adalah kawasan kabur di belakang subjek yang diambil. Bokeh selalunya akan menonjolkan sesebuah subjek itu nampak cantik kerana bokeh telah mengasingkan subjek daripada latar. untuk menghasilkan bokeh yang mantap, lensa F2.8 kebawah boleh memberikan kesan bokeh yang menarik. selain daripada itu, lensa tele boleh menghasilkan kesan bokeh.
STOP
stop dalam fotografi bermaksud pergerakan satu unit sama ada menaik atau menurun terhadap skala Shutter-speed, Aperture, ISO atau Exposure.
Shutter-speed = 1/1, 1/2, 1/4, 1/8, 1/15, 1/30, 1/60, 1/125, 1/250, 1/500 (500-250 dikira sebagai 1 stop, 250 ke 125 1 stop dan etc)
Aperture = f2.8, f4, f5.6, f8, f11, f16, f22
ISO = 50, 100, 200, 400, 800, 1600
Exposure = pergerakan mana-mana satu dari senarai di atas.
DOF (Depth of Field)
Depth of Field atau kedalaman medan, adalah sesuatu kawasan di dalam imej yang anda ambil, yang nampak terang dan jelas. tidak kira dibelakang atau di depan subjek.semakin besar Apertur, F2.8, F1.8, F1.4 maka, kedalaman medan semakin cetek dan semakin mengecil apertur F16, F32, maka kedalaman medan akan menjadi dalam.
Vignetting adalah daerah gelap, di empat penjuru imej yang diambil, ianya terjadi kerana beberapa faktor spt, lensa, penggunaan "hood" pada hujung kamera, penggunaan filter dan ataupun kerana ianya dicipta menggunakan perisian untuk menampak seni/kecantikan sesebuah imej.

No comments:
Post a Comment